Makanan faveret aku nasi bujang. Yes, aku tak tipu

Dulu time aku mula-mula sampai sini, aku sampai dekat anjung perpatih (food court) aku cakap dengan siapa entah, "eh dekat sini tak ade nasik bujang ke?" sambil mata melilau tengok kiri kanan kedai-kedai yang jual makanan. Member aku tu pun buat bodoh je. *sebenarnya dia tak tahu nasik bujang tu ape, sebab tu lah dia tak layan aku, haha. Sejak duduk dalam ni mana pernah keluar kedai makan beli nasik bujang. Susah dah.

Tapi tadi, kitorang beli nasik koboi. Haa. Adik beradik nasik bujang. Lauk dia ikan masin, telur dadar, sambal belacan dan kuah kari dengan nasi putih. Ok sangat menyelerakan okay. Dan harga dia rm dua sahaja. Sempoi ah. Makcik tu pun sempoi je. Katanya, anak dia (lelaki) yang start bisness nasik koboi ni. Dia jual dekat Uitm shah alam. "alah student asal kenyang kan cukup." mak cik nasik koboi tu cakap. Kitorang pun mengangguk je. Lepastu dia cerita lagi "haritu cik call anak acik, acik tanya dia: tengah buat ape tu? lepastu anak cik balas:, tengah makan dekat kandang. Acik pun terkejut la acik cakap : kandang?? lepastu anak acik cakap: kata jual nasik koboi, koboi kan makan dekat kandang" lepastu kitorang pun gelak-gelak je. Haha. Cool.

So lepas ni aku beli nasi koboi je. Eh walaupun nasik koboi sedap, nasik bujang still num satu di hati, haha. Balik esok aku nak beli nasik bujang!

Mungkin setengah orang tak akan pandang nasik bujang, tak pun nasik koboi. Tapi bagi aku, sedap gila okaay. Dan kenyang cukup-cukup. cukup-cukup untuk orang yang cukup-cukup, macam aku ni. Haha













Nota kaki:
Nasi bujang ialah nasi putih berlaukkan telur dadar, sambal belacan, timun, tomato(jika anda bertuah) dan sup kosong.

Terbaik :B haha